Piala Malaysia Dibatalkan?

Liga Bolasepak Malaysia, MFL tidak tolak kemungkinan untuk batalkan saingan Piala Malaysia musim ini!

piala malaysia dibatalkan?

CEOnya, Datuk Abdul Ghani Hassan bagaimanapun berkata membatalkan kejohanan bola sepak tertua negara itu adalah langkah terakhir jika COVID-19 terus merebak.

Jelas Datuk Abdul Ghani, MFL dan FAM terpaksa ambil langkah drastik itu kerana tidak punyai masa yang cukup untuk melengkapkan saingan Liga Malaysia musim ini.

piala malaysia dibatalkan?

Penundaan saingan Liga Malaysia yang dilakukan sekarang katanya telah mengganggu kalendar bola sepak yang diatur lebih awal.

Datuk Abdul Ghani menambah sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksana kerajaan ketika ini berkesan mengurangkan penularan COVID-19, tidak mustahil saingan bola sepak negara akan bermula seawal 1 April.

piala malaysia dibatalkan?

Menurutnya, MFL telah pilih 3 tarikh untuk memulakan perlawanan pertama Piala FA musim ini iaitu 1 April, 1 Mei atau 1 Jun.

Jadi kepada yang suka ke stadium tengok bola tu, sabar dan #DudukRumah.

Lagi cepat COVID-19 ni reda, lagi cepat saingan bola Liga Malaysia bermula, lagi cepat anda boleh ke stadium!

Ingat! #StayAtHome #KitaJagaJita #KamiCare.

Oleh: Karami Kamel