Piala Dunia Rugbi

piala dunia rugbi

Piala Dunia Ragbi (RWC) dianjurkan setiap 4 tahun dan tahun ini akan menjadi tahun yang bersejarah dimana buat pertama kalinya, RWC akan dianjurkan di Asia dan Jepun telah dipilih sebagai penganjur acara kejohanan ini.

Sebanyak 48 perlawanan yang akan dimainkan dari 20 pasukan yang mengambil bahagian yang akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Temasya ini akan berlangsung lebih dari sebulan di 12 stadium serata Jepun.

Kumpulan A terdapat pasukan Ireland, Scotland, Rusia dan tuan rumah, Jepun.

Manakala kumpulan B akan menyaksikan Juara Bertahan, new Zealand diletakkan bersama sama musuh tradisi Afrika Selatan dengan Itali, Namibia dan Kanada.

Dikatakan kumpulan yang paling sukar, England akan bakal bertemu dengan Perancis, Argentina, Amerika Syarikat dan Tonga di dalam kumpulan C.

Akhir sekali, kumpulan di akan bakal melihat pertembungan diantara Australia, Wales, Georgia, Fiji dan Uruguay.

Saksikan kesemua 48 perlawanan Piala Dunia Ragbi 2019 secara langsung, PERCUMA kepada pelanggan Sports Pack Astro di saluran 825 dan Astro Go.

Anda juga boleh dengarkan perbincangan pra perlawanan dan pasca perlawanan Piala Dunia Ragbi di Scrumtime bersama pengulas Ragbi, Capo Rod and pemain ragbi professional, Marc Le melalui aplikasi SYOK!

Oleh: Capo Rod