Petugas Perubatan Meninggal Dunia Dalam Satu Kemalangan

petugas perubatan meninggal dunia dalam satu kemalangan

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba telah memaklumkan bahawa terdapat satu kemalangan maut yang melibatkan seorang petugas kesihatan.

Dalam satu tweet, Dr Adham menyatakan bahawa petugas perubatan tersebut dari Hospital Kuala Krai dan dalam perjalanan menuju ke Hospital Gua Musang. Pegawai perubatan yang terlibat ialah Almarhum Dr. Nooranisah Bt Mohd Razali telah meninggal dunia di tempat kejadian bersama bayi beliau.

 

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Twitter Dr Adham Baba