"Perokok Lebih Berisiko Tinggi Untuk Terkena COVID-19"- WHO

perokok lebih berisiko tinggi untuk terkena covid-19- who

Kalau koang berfikir aktiviti merokok dapat mengurangkan risiko terkena COVID-19, korang salah!!!

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa merokok boleh meningkatkan risiko untuk terkena virus COVID-19. Ini kerana apabila tangan menyentuh mulut, ia dapat menjadi punca virus masuk ke dalam badan.

perokok lebih berisiko tinggi untuk terkena covid-19- who

Kalau dah merokok pun bahaya apa tah lagi produk berasaskan tembakau yang lain seperti vape dan shisha. Tambah-tambah lagi kalau jenis yang berkongsi. Lagilah berisiko tinggi untuk terkena COVID-19.

Jadi, inilah masa untuk korang mealtihkan diri untuk berhenti daripada merokok. Gunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dah dilanjutkan ni untuk mengawal diri daripada aktiviti merokok.

Cuba lah!

Sumber: WHO Malaysia