Bagi mengelakkan orang ramai berkumpul sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan arahan operasi buat premis perniagaan.
Antaranya, semua dobi layan diri tidak dibenarkan untuk beroperasi.
Haa dah boleh practise cuci baju sendiri, guys! Hehe
Selain itu, restoran boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang dan pandu lalu atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu.
Operasi pusat pengedaran babitkan bekalan barangan keperluan dan makanan merangkumi gudang e-dagang dan perkhidmatan gudang sokongan dibenarkan untuk terus beroperasi.
Ketika ini juga #perintahkawalanpergerakan dan #kitajagakita trending di Twitter dengan perkongsian info terkini oleh warganet.
Pastikan korang update dengan perkembangan terkini Covid-19 dengan sumber yang sahih okay!
Stay safe everyone!
Oleh: Izzati Amir