Penutupan Dan Sekatan Jalan Di Subang Jaya

penutupan dan sekatan jalan di subang jaya

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke 2 telah berkuatkuasa pada hari ini dan untuk memastikan semua pihak mengikuti arahan pihak berkuasa, Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya telah mengumumkan 5 sekatan jalan yang akan dijalankan serta 10 jalan yang akan ditutup sepenuhnya seiring dengan PKP fasa ke 2. 

Jalan jalan yang terlibat dengan penutupan jalan adalah:

  1. Lebuhraya KESAS ke Subang Jaya 
    1. Susur Lebuhraya KESAS ke USJ 1 
    2. Susur Lebuhraya KESAS ke Persiaran Subang USJ 1  (Summit / Giant) 
    3. Susur Lebuhraya KESAS ke Persiaran Kemajuan
  1. Jalan Subang Kelana Link 
    1. Dari Subang Kelana Link ke Persiaran Kewajipan Subang Jaya  
  1. Lebuhraya LDP ke Persiaran Kewajipan
    1. Dari Hotel One City ke Persiaran Kewajipan 
    2. Susur Persiaran Klang ke Persiaran Kewajipan
  1. Persiaran Tujuan 
    1. Persiaran Tujuan ke Lebuhraya Persekutuan 
    2. Susur dari Jalan Persiaran Kemajuan ke Lebuhraya Persekutuan 
    3. Susur masuk Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam ke Persiaran Tujuan 
    4. Susur masuk Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur ke Persiaran Tujuan

Lokasi sekatan jalan raya:

  1. Plaza Tol Seafield USJ, Subang Jaya 
  2. Jalan Subang Utama ke Lebuhraya NPE 
  3. Plaza Tol Puchong Selatan, Batu 14, Puchong 
  4. Plaza Tol PJS 7 Lebuhraya LDP Arah Selatan 
  5. Plaza Tol Putra Heights – Elite

Bagi anda yang perlu ke tempat kerja, pastikan anda menggunakan laluan yang betul dan bagi anda yang tidak mempunyai urusan penting di luar, sila duduk di rumah!

Oleh: Syed Mohd Latif