Penularan Wabak Coronavirus, 4 Filem Ini Terpaksa Ditangguhkan Tayangan Di Malaysia

Terdapat empat filem berbahasa Mandarin telah ditangguhkan tayangannya kerana penularan wabak Coronavirus.

penularan wabak coronavirus, 4 filem ini terpaksa ditangguhkan tayangan di malaysia

Filem Vanguard, The Rescue, Detective Chinatown 3 dan filem Jiang Zi: Legend of Deification itu ditangguhkan tayangan kerana penularan wabak Coronavirus. Penangguhan itu telah dimaklumkan menerusi Facebook MBO Cinemas & GSC.

Tayangan semula filem-filem itu akan diumumkan kelak. 

Untuk refund, para pelanggan MBO boleh menghubungi semula pawagam berkenaan.

Buat pelanggan GSC pula, proses membayar balik akan dibuat dalam tempoh 14 hari.

Setakat ini China catat 25 kematian.