Pengguna Tandas Di Bandar Shanghai Tidak Boleh Guna Tandas Lebih Daripada 15 Minit

Tak dapat dinafikan teknologi di China semakin canggih dan maju.

pengguna tandas di bandar shanghai tidak boleh guna tandas lebih daripada 15 minit

Terbaru, teknologi tandas pintar di China digunakan agar dapat memastikan pengguna tidak menggunakan atau berada dalam tandas lebih daripada 15 minit.

Terdapat 150 buah tandas pintar yang dikuasai dengan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) di bandar Shanghai untuk diimplementasi dalam rutin harian setiap individu di sana.

pengguna tandas di bandar shanghai tidak boleh guna tandas lebih daripada 15 minit

Setiap tandas mempunyai sensor gerakan yang menggunakan pengesan infra merah dan ultrasound untuk mengesan orang di dalam dan berapa lama mereka telah duduk di sana.

Sekiranya sensor mengesan pengguna berada di dalam tandas lebih daripada 15 minit, mesej penggera akan dihantar kepada pekerja yang mengedalikan bahagian itu. Selain itu, sensor juga memantau kualiti udara di dalam tandas dan ia juga akan mengawal paras air mengikut berapa lama pengguna berada di dalam tandas itu.

pengguna tandas di bandar shanghai tidak boleh guna tandas lebih daripada 15 minit

Bandar-bandar seperti Beijing, Guangdong dan Shenzhen juga bercadang untuk menggunakan teknologi tandas pintar seperti ini.

Sumber: WOB