PKP: Lanjut atau Tidak?

pkp: lanjut atau tidak?

Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun memasuki fasa kedua dengan Kementerian Kesihatan masih bertungkus lumus membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Jumlah kes baru harian pula dilihat tidak menujukkan peningkatan mendadak, sekitar 100 ke 200 kes sehari namun jumlah kematian kini meningkat kepada 50 setakat 2 April 2020.

pkp: lanjut atau tidak?

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan, namun masih awal untuk membuat kesimpulan bila wabak ini akan berakhir.

Kementerian Kesihatan juga berharap dapat meratakan lengkung penularan COVID-19 dalam tempoh dua minggu ini, bukan untuk mensasarkan sifar kes tetapi untuk elak kes mendadak agar hospital-hospital di negara ini mampu menampung pesakit.

pkp: lanjut atau tidak?

Jelas Dr Noor Hisham lagi, dalam tempoh dua minggu PKP fasa kedua ini, pihak kementerian akan menilai semula keberkesanan pada hari ke-10 sama ada perlu disambung atau tidak.

Semua ini terpulang kepada kita semua dan paling penting, patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, amalkan penjarakan sosial dan jaga kebersihan diri.

Oleh: Shah Rahimin