Olimpik Tunda, Sasaran Jijoe Masih Sama!

"Saya tetap mahu emas!"

Fuh, meremang bulu roma bila dengar Azizulhasni Awang cakap macam tu. Jaguh berbasikal trek dunia ini tak nak ubah objektif dia walaupun Sukan Olimpik Tokyo dah ditunda ke tahun depan.

olimpik tunda, sasaran jijoe masih sama!

Ini lah semangat dan keyakinan pelumba nombor 1 dunia acara keirin. Bukan kaleng-kaleng tahu? 

Ok, semua pun tahu Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung Julai ini ditunda ke pertengahan tahun depan sebab penularan wabak COVID-19 kan? Biarpun penundaan ini mengganggu persiapan The Pocket Rocketman kita, tetapi Azizulhasni tetap maintain cool.

olimpik tunda, sasaran jijoe masih sama!

Katanya, dia dan rakan sepasukan memang fleksible dan mudah menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan situasi. Haa, steady ke tak steady? Begitulah tahap keyakinan seorang juara!

Sebelum ni, Jijoe akui jalani periodization training untuk dia capai kemuncak prestasinya pada Ogos tahun ini. Maknanya masa Olimpik Tokyo lah, sebelum ditunda. Tapi sebab dah ditunda ni, Jijoe kena berbincang semula dengan ketua jurulatihnya macam mana nak persiapkan diri untuk tahun depan.

olimpik tunda, sasaran jijoe masih sama!

Kalau korang nak tahu, atlet kelahiran Dungun, Terengganu ni raih gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016. Awal tahun ini, Jijoe juga raih gangsa acara keirin dan pecut pada Kejohanan Dunia di Jerman. Kiranya memang on the right track untuk dapat emas lah di Tokyo.

Tapi nak buat macam mana kan? Kena tunda pulak Sukan Olimpik ni. Cuma yang stylonya, Jijoe masih tenang dan tetap sasarkan emas.

Jom kita sama-sama doakan jaguh dunia kita ni berjaya capai objektif dia pada Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, sekaligus meraih emas pertama Malaysia temasya itu. Amiiiiinn.

Manalah tahu bila dah dapat emas nanti, satu Malaysia dapat cuti kan? Hahaha

Ayuh Jijoe! Malaysia boleh!

Oleh : Karami Kamel