Lebuhraya PLUS Beroperasi Seperti Biasa, Tapi...

lebuhraya plus beroperasi seperti biasa, tapi...

Ya, beroperasi seperti biasa sampai akhir bulan ni, TETAAPIIII korang kena take note beberapa perkara ini.

Memetik nota pemberitahuan PLUS di laman facebook mereka , laluan lebuhraya ini merupakan laluan kritikal untuk pengangkutan bekalan, ubat-ubatan dan lain-lain.

lebuhraya plus beroperasi seperti biasa, tapi...

Antara perkhidmatan yang akan berjalan seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ialah PLUSRonda, Talian PLUSline, Pusat Kawalan Trafik dan Kerja-Kerja Penyelenggaraan.

Sementara itu, PLUS juga menasihatkan supaya semua pelanggan membuat topup Touch & Go siap-siap di stesen minyak kerana Lorong tambah nilai ditutup!

lebuhraya plus beroperasi seperti biasa, tapi...

Gerai di semua R&R kendalian PLUS akan beroperasi seperti biasa tetapi secara “tapau” saja. Orang ramai dinasihatkan untuk menghantar seorang wakil untuk membeli makanan dan sentiasa menjarakkan diri 1 meter semasa pembelian

Tandas Awam dan Surau di R&R dibuka seperti biasa namun kelengkapan beribadah seperti telekung, sejadah dan kain pelikat perlu dibawa sendiri.

Umum telah mengetahui bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac.

Perdana Menteri juga turut menegaskan dan meminta orang awam sentiasa berada di dalam rumah. Jangan nak degil sangat nak balik kampung time ni!

#DudukRumah #KitaJagaKita #KamiCare

Oleh : Abdul Rahman bin Khairuddin