LHDN Lanjut Tempoh Hantar Borang Cukai Ekoran COVID-19

'Dalam ujian ada keringanan'. Rasa sejuk sikit hati kan dengan petikan ni di tengah-tengah negara dalam Perintah Kawalan Terhad sekarang.
 

lhdn lanjut tempoh hantar borang cukai ekoran covid-19
Antara yang meredakan hati  dalam ujian COVID-19 ni  adalah pengumuman daripada LHDN.
 
Faham dengan kekangan rakyat, LHDN melanjutkan tempoh memfailkan pelbagai jenis borang nyata cukai pendapatan.
 
Ia dilanjutkan 2 bulan dari tarikh akhir semasa.
 
Ia melibatkan borang daripada majikan, individu dan perniagaan.

lhdn lanjut tempoh hantar borang cukai ekoran covid-19
 
Bagi majikan ia ditangguhkan sehingga 31 Mei, individu sehingga 30 Jun dan perniagaan sehingga 31 Ogos.
 
Jadi para pembayar cukai yang budiman dan cintakan negara sekalian, kita bolehlah bernafas lega sikit dan bagi tumpuan kat COVID-19.
 
Ni nasihat sikit, yang kat rumah tu patuhlah arahan pihak berkuasa. Janganlah sengaja langgar arahan.
 
Kita semua nak wabak ni cepat berakhir jadi sabarlah dan tunjukkan komitmen.
 
Kepada yang berkhidmat untuk negara dan rakyat, kami ucapkan terima kasih tak terhingga.
 
Semoga Malaysia dan dunia berjaya hadapi ujian COVID-19 ni.
 
Oleh: KJ
 
Sumber LHDN