Pakar Meramalkan COVID-19 Berakhir Pada Bulan April

pakar meramalkan covid-19 berakhir pada bulan april

Pakar Epidemiologi dan juga Penasihat Perubatan Kerajaan China, Zhing Nanshan menyatakan wabak COVID-19 diramalkan berakhir pada April ini.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui penilaian terbaharu akan virus tersebut yang sedang bergiat di seluruh dunia.

“Jumlah kes jangkitan baharu semakin turun secara perlahan-lahan. Bagaimanapun, wabaknya dijangka mencapai kemuncak pada pertengahan atau akhir Februari ini.

“Berdasarkan ramalan dan analisis model matematik, sepanjang tempoh ini, ramai yang akan kembali ke bandar.

“Ada juga yang bimbang jika ia akan kembali meletus ke kemuncaknya, tetapi pada pandangan saya, ia tidak akan ada kemuncak lebih tinggi,” maklumnya kepada Reuters.

Beliau merasa yakin bahawa penularan virus itu bakal berakhir berikutan beberapa tempat di China menunjukkan penurunan terutama di wilayah Guangdong dan Zhengjian.

Sumber: Astro Awani