Jenayah Di KL Turun Sebab PKP!

Hari ni masuk hari ke-16 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita.

Korang amacam? Ok lagi tak tu? Harap-harapnya semua ok je kat rumah tu.

Dah 2 minggu PKP ni dilaksanakan, mungkin korang rasa macam bosannya duduk rumah sampai tak tahu nak buat apa, tak bebas nak ke mana-mana, dengan roadblock lagi kat semua jalan.

jenayah di kl turun sebab pkp!

Tapi korang  tau tak dengan adanya roadblock , rondaan polis hari-hari, kadar jenayah pun dapat dikurangkan tau.

Kat KL je, kadar jenayah menurun sampai 60 peratus! Banyakkk kann!

jenayah di kl turun sebab pkp!

Kiranya usaha polis ni ibarat serampang 2 mata, dapat kuatkuasakan PKP untuk cegah Covid-19 dan dapat kurangkan kes jenayah.

jenayah di kl turun sebab pkp!

Terima kasih abang-abang polis sanggup berhujan, berpanas nak pastikan kami selamat dan patuhi PKP. 

Tak lupa juga anggota tentera, dan semua pihak yang berada di barisan hadapan. Salute!

So, korang yang kat rumah tu berhenti la merungut, #stayathome je pastu doa banyak-banyak Covid-19 ni habis cepat, okay!

Oleh: Izzati Amir