JDT Tolak Gaji Staf Dan Pemainnya Sebanyak 33%

jdt tolak gaji staf dan pemainnya sebanyak 33%

Tahukah anda, JDT tolak gaji staf dan pemainnya sebanyak 33%? Namun, juara Liga Super 6 kali berturut-turut tu telah mendapat persetujuan daripada staf dan pemain la. Bukannya tolak suka-suka.

Staf dan pemain skuad Harimau Selatan itu bersetuju terima pemotongan tersebut kerana nak ringankan beban kelab. Yelah, sebab berlakunya pandemik COVID-19 saingan Liga Malaysia terpaksa ditunda hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan nanti. Bila tak ada perlawanan, tak adalah kutipan tiket perlawanan kan? Jadi, ini antara cara mereka membantu pasukan dan kelab mereka.

Pemotongan gaji tu bukan hanya untuk bantu pasukan je tau. Sebahagian daripada jumlah gaji yang dipotong tu akan turut disalurkan ke Tabung Bencana Negeri Johor. Wang itu akan digunakan khusus untuk membantu mereka yang terjejas kehidupan sebab wabak COVID-19 ni. 

Wah, steady la JDT. Tetap ingat kepada mereka yang dalam kesusahan. Tindakan macam ni yang akan buat penyokong lebih sayang dan hormat kepada pasukan. 

Tahukah anda sekali lagi, bahawa JDT adalah pasukan pertama Liga Malaysia yang buat pemotongan gaji untuk bantu ringankan beban sebab penularan COVID-19 ni? Sebelum ini ada juga pasukan yang kemukakan cadangan pemotongan gaji ni tapi masih belum ada keputusan kot. 

Bukan JDT je tau yang buat macam ni, banyak pasukan Eropah turut lakukan benda sama. Antaranya termasuk Juventus, Bayern Munich dan Borussia Dortmund. Kesemua pasukan ini buat macam tu sebab ingin ringankan beban mereka yang terjejas akibat wabak ini.

Sementara itu, bintang JDT, Safawi Rasid turut beri sumbangan 1,000 botol hand sanitizer ke sebuah hospital di Johor. Sumbangan itu bagi membantu golongan frontliner yang terdedah kepada wabak COVID-19 ni daripada dijangkiti.

jdt tolak gaji staf dan pemainnya sebanyak 33%

jdt tolak gaji staf dan pemainnya sebanyak 33%

Semoga lagi banyak pasukan yang mampu beri sumbangan kepada mereka yang terjejas. Pada waktu-waktu macam ni kita kena lah saling membantu kan? Sebab #KitaJagaKita

Oleh: Karami Kamel