Hampir 40 Tahun Mendiamkan Diri, Kumpulan Legenda ABBA Bakal Buat Kemunculan Semula

Siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan legenda yang cukup popular dengan lagu-lagu seperti “Dancing Queen” dan “Mamma Mia”, iaitu ABBA.

hampir 40 tahun mendiamkan diri, kumpulan legenda abba bakal buat kemunculan semula

Selepas membuat penampilan terakhir mereka pada Disember 1982 menerusi satu persembahan siaran langsung untuk tayangan televisyen, ABBA baru-baru ini mengumumkan berita gembira terhadap para peminat yang telah menanti, bahawa mereka akan melakukan kemunculan semula.

Hampir 40 tahun kumpulan yang dianggotai Anni-Frid, Agnetha, Benny dan Bjorn itu memutuskan untuk berehat dari industri muzik, mereka dijangka akan muncul kembali dengan album terbaru menjelang November tahun ini.

Desas-desus kumpulan tersebut kembali bersatu telah mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat sejak tahun lalu, yang mana satu surat khabar tabloid melaporkan bahawa mereka dilihat mengunjungi Ealing Studios di London Barat bagi mengerjakan rancangan baru mereka.

Kelihatannya, khabar angin itu sememangnya benar apabila kumpulan terbabit mengesahkan sendiri yang mereka akan mengeluarkan sebuah album berjudul Voyage pada 5 November ini.

Album tersebut merupakan susulan daripada album terakhir mereka, iaitu The Visitors yang dikeluarkan pada 1984.

 

Sumber: [1]