COVID-19: Gajah Pun Kena Tempias!

Lebih 1,000 gajah di Thailand tak cukup makan! Ini semua sebab wabak COVID-19! 

Kerajaan Thailand dikatakan terpaksa memotong peruntukan sektor pelancongan dalam usaha memerangi wabak COVID-19 ni.

covid-19: gajah pun kena tempias!

Sebab COVID-19 ni juga, sektor pelancongan Thailand tidak dapat menjana pendapatan. Yelah, mana ada orang yang nak melancong waktu-waktu macam ni kan? Tak ke naya kalau dijangkiti virus tu nanti.

Sekarang ni, semua penjaga gajah di Thailand hadapi kesukaran untuk beri makanan kepada haiwan-haiwan mereka. Gajah ni makan bukannya sikit. Sehari boleh sampai 200 kilogram! 

covid-19: gajah pun kena tempias!

Menurut seorang pengasas Save Elephant Foundation, kalau pihaknya tak dapat bantuan dengan segera, gajah-gajah ini akan mati kelaparan.

Kesian gajah-gajah ni semua.

Satu lagi, untuk pengetahuan anda Zoo Negara pun turut alami masalah kewangan sebab COVID-19.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan ni lagi, memang confirm lah tak ada orang nak pergi zoo.

Sebab tu, Zoo Negara melancarkan program Adopt An Animal. Program ini adalah untuk meraih sumbangan daripada orang ramai supaya haiwan-haiwan di Zoo Negara tu tak terjejas jadual makan mereka.

covid-19: gajah pun kena tempias!

Dalam waktu-waktu macam ni, kalau bukan kita nak tolong haiwan-haiwan ni siapa lagi kan? Nanti kita juga yang nak tengok haiwan-haiwan ni dekat zoo. Kalau tak pun kita akan bawa anak-anak dan keluarga kita, betul?

Nanti bila pergi zoo tapi tak banyak haiwan, kita juga yang complaint kan? Jadi kepada yang berkemampuan, hulurlah sikit sumbangan untuk haiwan-haiwan ni. 

Semoga pandemik COVID-19 ni cepat berakhir dan semuanya kembali seperti biasa.

Oleh: Karami Kamel