Coronavirus Semakin Merebak, Masihkah Saya Boleh Melancong?

Coronavirus semakin merebak, masihkah saya boleh melancong?

Jawapannya YA! 

Namun Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata selain mengekalkan kebersihan diri setiap masa, pelancong boleh fokus kepada tips berikut:  

1. Dapatkan Suntikan Vaksin 
Walaupun setakat ini tidak ada vaksin spesifik untuk Wuhan Coronavirus, rakyat Malaysia digesa untuk mendapatkan vaksin influenza sebagai langkah berjaga-jaga ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

2. Tingkatkan Daya Tahan Tubuh Badan
Ini adalah dengan cara mengambil makanan tambahan (seperti Vitamin C) dan makan buah-buahan Citrus seperti Oren, Limau Gedang ataupun dikenali sebagai Grapefruit dan juga sayur-sayuran hijau.

3. Melindungi diri dengan menutup anggota-anggota badan yang mudah dijangkiti kuman seperti mulut dan hidung.

Dalam pada itu, MMA juga menggesa rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan sebarang khabar angin mengenai vaksin berikutan penularan wabak Novel Coronavirus atau 2019-nCoV.