Pemeriksaan Kesihatan Berkonsepkan Drive Thru Di New York

pemeriksaan kesihatan berkonsepkan drive thru di new york

COVID 19 yang menular di seluruh dunia telah meragut melebihi 5000 nyawa. Biarpun pelbagai usaha telah diambil, hanya beberapa tempat sahaja yang menunjukkan penurunan akan jumlah kes baharu dilaporkan harian.

Demi melawan pandemic novel koronavirus ini, bandar New York akan menjalankan pemeriksaan kesihatan berkonsepkan pandu lalu. Pusat pemeriksaan itu akan dibina di New Rochelle.

Sehingga hari ini, bandar New York telah mengesahkan bahawa 325 kes telah dilaporkan. Sekurang-kurangnya 148 kes didaftar adalah dari Westchester County.

Sumber: CNBC