COVID-19: Singapura Catat Dua Kematian

covid-19: singapura catat dua kematian

Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan bahawa 2 pesakit yang positif COVID-19 telah meninggal dunia pagi tadi.

Pesakit pertama merupakan seorang wanita berumur 75 tahun dan merupakan rakyat Singapura. Beliau telah dimasukkan ke National Centre for Infectious Disease pada 23 Februari yang lalu dan telah disahkan positif COVID-19 pada hari yang sama.

Pesakit kedua pula merupakan seorang lelaki berumur 64 tahun dan merupakan warga Indonesia. Beliau telah dimasukkan ke ICU di NCID pada 13 Mac selepas tiba di Singapura pada hari yang sama. Kemudian, beliau didapati positif COVID-19 sehari selepas itu.

Sumber: Channel News Asia