COVID-19: Jangka Hayat Virus COVID-19 Pada Barang Di Keliling Manusia

covid-19: jangka hayat virus covid-19 pada barang di keliling manusia

Virus COVID-19 ni sangat mudah tersebar dan berada di permukaan sesuatu tempat. Dekat sini lah selalunya virus tu tersebar selain daripada bendalir bersin atau batuk.

Bagaimanapun, virus COVID-19 ada jangka hayat tertentu pada sesebuah tempat atau benda yang dikelilingi oleh manusia.

Menurut Public Health Malaysia, virus COVID-19 boleh berada di kertas di antara 4 hingga 5 hari. Manakala kayu dan kaca pula, COVID-19 mempunyai jangka hayat sehingga 4 hari.

Untuk sarung tangan pula, virus tersebut boleh berada sehingga 8 jam. Untuk tembaga pula, virus COVID-19 mampu bertahan sehingga 4 jam.

Seandainya COVID-19 melekat pada plastic dan besi mereka boleh bertahan sehingga 2 ke 3 hari.

Sebab tu lah kita dinasihatkan untuk sentiasa membasuh tangan selepas melakukan sesuatu kerja atau perkara. Make sure basuh dengan air yang bersih serta sabun.

Sumber: Astro Awani