COVID-19: Harga Siling Topeng Muka Naik Mendadak, Lebih Mahal Daripada Seliter Minyak

covid-19: harga siling topeng muka naik mendadak, lebih mahal daripada seliter minyak

Rentetan penularan wabak COVID-19, harga barang turut menjadi tidak menentu. Perkara ini terjadi atas beberapa faktor seperti permintaan yang tinggi, kekurangan bahan memproses dan harga pasaran dunia yang menurun untuk bahan mentah seperti minyak.

Di Malaysia, harga seliter minyak turun mendadak. Kerajaan telah mengumumkan harga petrol bagi RON95 menurun sebanyak RM 0.38 iaitu RM 1.44 seliter. RON97 pula menurun sebanyak 36 sen iaitu RM 1.74. Harga diesel turut menurun sebanyak 12 sen dan dijual dengan harga RM 1.75. Kesemua harga ini berkuatkuasa bermula 21 Mac hingga 27 Mac.

covid-19: harga siling topeng muka naik mendadak, lebih mahal daripada seliter minyak

Selain itu, harga topeng muka pula meningkat mendadak. Kerajaan mengumumkan harga siling topeng muka meningkat dari 80 sen ke RM2.00. Menurut kerajaan peningkatan harga topeng itu adalah disebabkan kekurangan bahan memproses selain berlaku kenaikan harga pada bahan asas.