COVID-19: Betul Ke Spray Alkohol Atau Alkali Boleh Membunuh Virus COVID-19 Di Dalam Badan?

covid-19: betul ke spray alkohol atau alkali boleh membunuh virus covid-19 di dalam badan?

Semenjak penularan wabak COVID-19 ni, banyak juga berita-berita palsu dan juga tips-tips yang pelik turut tular. Actually, fake news ni sangat marabahaya sebab kalau orang percaya boleh menyebabkan mereka mengambil tindakan yang salah.

Salah satu mitos yang sering disebabkan oleh orang ramai adalah virus COVID-19 yang berada di dalam badan boleh dibunuh dengan spray alcohol atau alkali pada badan! Perkara ini sangatlah tidak benar dan sudah dijelaskan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Malah bahan macam ni  sangatlah berbahaya pada pakaian dan organ seperti mata dan juga mulut. Betul, spray alcohol tu boleh membantu menghalang virus tersebar pada permukaan. Tapi pastikan korang guna dalam jumlah yang betul dan sesuai. Jangan nak main sesuka hati je spray tau!

Sumber: WHO