COVID-19: 780,508 Kes Positif Di Seluruh Dunia Dengan Jumlah Kematian 36, 800 Kes

covid-19: 780,508 kes positif di seluruh dunia dengan jumlah kematian 36, 800 kes

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan statistic berkenaan COVID-19 secara kaseluruhan yang dicatatkan di 203 negara.

Sehingga hari ini, dunia telah mencatatkan 780,508 kes positif COVID-19. Daripada jumlah itu, 36,800 kes kematian telah dilaporkan. Kes sembuh pula mencatatkan 20% dengan jumlah sebanyak 156,562 kes secara kumulatif.

Amerika Syarikat terus mendahului dengan kes positif tertinggi iaitu sebanyak 163,429 kes dengan jumlah kes kematian sebanyak 2,953 kes.

Itali pula terus mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu sebanyak 11,591 kes dan kos positif pula terus meningkat dengan jumlah 101,739 kes.

China, negara di mana virus ini mula tular telah mencatatkan 82,505 kes positif dengan jumlah kematian sebanyak 3,313 kes.

Perghhh! Banyaknya. Jadi, korang semua teruskan jaga kesihatan dan kerapkan basuh tangan agar virus COVID-19 tak dapat nak merebak ok?