Bongkah Ais Tiga Kali Ganda Lagi Besar Dari London Cair, Lebih 1 Bilion Tan Air Mengalir Ke Lautan

Sebuah bongkah ais gergasi sebesar tiga setengah kali ganda saiz bandar London mencair sehingga menyebabkan 152 bilion tan air tawar mengalir ke lautan.

bongkah ais tiga kali ganda lagi besar dari london cair, lebih 1 bilion tan air mengalir ke lautan

Menurut pasukan penyelidikan, hasil cairan bongkah ais gergasi yang disebut sebagai ‘megaberg’ itu adalah bersamaan dengan 61 juta kolam renang bersaiz Olimpik, dengan kesannya yang berpotensi memusnahkan habitat marin.

Demikian itu, pakar menggunakan imej satelit untuk mengesan gunung ais yang digelar A68A selepas ia terputus dari Rak Ais Larsen-C di Antartika pada Julai 2017.

Difahamkan bahawa selepas ia mula terputus dari rak ais terbabit, ia membentuk menjadi gunung ais terbesar di bumi dan yang keenam terbesar dalam rekod.

Ia kekal dengan saiz yang sama kira-kira dua tahun namun mula mencari apabila ia hanyut dan memasuki laut di sekitar pulau sub-Antartik Georgia Selatan.

bongkah ais tiga kali ganda lagi besar dari london cair, lebih 1 bilion tan air mengalir ke lautan

Pada kemuncaknya, gunung ais yang besar dan berukuran 5,719 kilometer persegi atau suku saiz Wales itu telah mencari pada kadar tujuh meter sebulan.

Pakar memberi amaran bahawa pembebasan air yang begitu banyak berkemungkinan merosakkan habitat rapuh pulau tersebut.

Laura Gerrish, pakar pemetaan di British Antartic Survey berkata: “A68A adalah gunung ais yang sangat menarik untuk dijejaki sepanjang jalan dari penciptaannya hingga ke penghujungnya.

“Pengukuran yang kerap membolehkan kami mengikuti setiap pergerakan dan pecahan gunung itu ketika ia bergerak perlahan ke utara melalui lorong gunung ais dan Laut Scotia di mana ia kemudiannya mendapat kelajuan dan menghampiri pulau Georgia Selatan dengan sangat dekat.”

 

Sumber: [1]