Bocor Lagi Ke?

bocor lagi ke?

Masih ingat kes kebocoran data peribadi lebih 42 juta pengguna handphone kat Malaysia beberapa tahun lepas? Difahamkan kerajaan dah tamatkan kontrak syarikat yang dipertanggungjawabkan jaga data tu. Kes jugak dilapor masih sedang berjalan di mahkamah jadi sebaiknya kita tunggu siapa sebenarnya dalang.

Tup-tup baru-baru ni ada lagi viral pasal kes kebocoran data peribadi. Dakwaan mengatakan kononnya data peribadi jutaan rakyat Malaysia dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dijual secara dalam talian! Aduh!

Polis dah sahkan dapat laporan daripada JPN pasal dakwaan tu. Fokus PDRM nak siasat sama ada berlaku atau tak pengodaman sistem JPN atau sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Terdahulu JPN ada beritahu, pihaknya ambil maklum pasal kes tersebut tapi enggan ulas lanjut.

LHDN yang turut kena petik jugak nafi laporan mengatakan kononnya data yang bocor tu dapat daripada laman webnya yang dibuat untuk myIDENTITY. Jelas LHDN, pihaknya hanya pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem tu yang berada kat bawah seliaan JPN. MyIDENTITY ni platform perkongsian data nasional untuk sektor awam yang membolehkan agensi kerajaan mendapatkan maklumat peribadi seseorang. 

bocor lagi ke?

Kalaulah ni terbukti terjadi, orang ramai akan tertanya-tanya di mana integritinya pihak dan individu yang diberi tugas menjaga data sulit dan peribadi. Bayangkan kalau maklumat peribadi yang tak pernah kita kongsi hatta ngan family atau kawan-kawan dijadikan pihak lain sebagai bahan untuk dijual beli. Kaut untung atas angin hasil jual data peribadi orang lain…ish ish ish!

Mungkin nilah dunia tanpa sempadan yang pernah duk ulang sebut masa pidato time sekolah dulu. Huhuhu…Kita betul-betul dah takde sempadan. Hanya terpisah dengan click & send . Data peribadi macam mudah je dijual beli. Bila ada yang menjual maknanya mungkin ada permintaan tinggi. Soalnya untuk apa dan sampai tahap mana ia akan disalah gunakan? Rasa dikhianati kuasa 3! Ha macam tu. 

Oleh: KJ 
Sumber & foto: AWANI, KKMM, freemalaysiatoday, Shutterstock, Thinkstock & Internet