Bintang Filem Star Wars Antara Mangsa COVID-19

bintang filem star wars antara mangsa covid-19

Kalau korang peminat Star Wars mesti korang akan kenal pelakon yang memegang watak General Ematt, Andrew Jack.

Sebuah portal berita antarabangsa telah melaporkan bahawa Andrew Jack telah meninggal dunia akibat virus COVID-19.

Berdasarkan wakil kepada pelakon tersebut, Jill McCullough, Jack telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital di Surrey, United Kongdom pada hari Selasa.

Jack yang berusia 76 tahun juga merupakan seorang jurulatih dialek dan pernah tinggal di dalam rumah bot Thames.

Sebelum ini, isterinya ada memuat naik satu hantaran melalui Instagram dengan memaklumkan bahawa Jack telah didapati positif COVID-19 semenjak dua hari lepas.

Jack telah membintangi beberapa siri filem Star Wars antaranya "Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi", "Solo: A Star Wars Story" dan "Star Wars: Episode VII – The Force Awakens".

Sumber: Astro Awani