Bayi Pada Kulit Album Nirvana Tuntut Ganti Rugi Lebih Setengah Juta Dari Anggota Kumpulan

Bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana, Spencer Elden membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock terbabit.

bayi pada kulit album nirvana tuntut ganti rugi lebih setengah juta dari anggota kumpulan

Memetik laporan BBC, dia mendakwa bahawa gambar yang digunakan Nirvana pada 1991 itu digunakan tanpa mendapat sebarang persetujuan dan menyalahi undang-undang.

Ujar Elden yang kini berusia 30 tahun, tuntutan terbabit dibuat atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak gara-gara memperlihatkannya dalam keadaan yang berbogel.

Tambahnya lagi, ibu bapanya juga tidak pernah menandatangi sebarang perjanjian yang membenarkan gambar tersebut untuk digunakan pada kulit depan album ‘Nevermind’ itu.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang di Amerika Syarikat, gambar bayi tidak diseksualkan secara amnya tidak dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak.

Tetapi, peguam yang mewakili Elden, iaitu Robert Y. Lewis berpandangan bahawa kepingan dolas AS yang juga ditampilkan dalam gambar terbabit membuatkan bayi tersebut kelihatan seolah-olah ‘buruh seks’.

Kes tersebut turut menuduh bahawa Nirvana telah berjanji untuk menutup kemaluan Elden dengan pelekat. Perjanjian tersebut bagaimanapun tidak disahkan.

Lanjut Elden, identiti dan namanya sering dikaitkan dengan eksploitasi seksual komersial yang dilalui sepanjang bergelar anak bawah umur.

Dakwanya, dia melalui penderitaan berikutan perkara tersebut sehingga menyebabkannya mengalami tekanan seumur serta tekanan emosi yang melampau.

Selain itu, dia juga mengatakan mengalami gangguan kepada pembesarannya dan kemajuan pendidikannya serta memerlukan rawatan perubatan dan psikologi.

Berikutan itu, Elden tekad menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM630,000) daripada setiap seorang 15 defendan.

Antara defendan terlibat termasuklah anggota band yang masih hidup iaitu Dave Grohl dan Krist Novoselic; pengurus ladang Kurt Cobain, bekas isteri Cobain iaitu Courtney Love dan jurugambar Kirk Weddle.

 

Sumber: [1]