Atlet Sukan Terjun, Leong Mun Yee Tak Jadi Bersara

Atlet terjun, Leong Mun Yee tak jadi nak bersara tahun ini! Sebelum ni, Mun Yee ada maklumkan yang dia nak bersara Ogos tahun ni. Ni tiba-tiba tak jadi pulak?

atlet sukan terjun, leong mun yee tak jadi bersara

Menurut atlet kelahiran Ipoh, Perak ni, dia ada merancang nak bersara Ogos tahun ni sebaik Sukan Olimpik Tokyo 2020 tamat. Mun Yee turut bercadang nak berkahwin selepas Olimpik nanti.

Tapi, Sukan Olimpik dah ditunda ke tahun depan sebab wabak COVID-19. Jadi, Mun Yee pun buat keputusan untuk tangguh dulu persaraan dia, semata-mata untuk bantu Malaysia raih emas pertama Sukan Olimpik. Steady Mun Yee!

atlet sukan terjun, leong mun yee tak jadi bersara

Tambahnya, dia juga akan ada lebih banyak masa untuk berlatih sebab Olimpik pun dah kena tunda.

Mun Yee yang lebih dikenali sebagai Angela, sebenarnya adalah atlet wanita yang paling banyak mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik tahu? Dia dah mula beraksi sejak tahun 2000 di Olimpik Sydney sehingga 2012 di Olimpik London namun terlepas temasya di Brazil pada 2016 kerana tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan.

atlet sukan terjun, leong mun yee tak jadi bersara

Namun, dia telah melayakkan diri untuk Olimpik Tokyo selepas raih perak acara 10 meter terjun seirama dengan Pandelela Rinong pada Kejohanan Terjun Dunia di Korea Selatan tahun lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by (Angela) Leong Mun Yee OLY (@leong_munyee) on

Antara kejayaan Mun Yee, dia telah raih 16 pingat emas pada Sukan SEA selain menang 2 gangsa pada Sukan Komanwel 2018 di Australia.

Semoga Mun Yee berjaya bawa kejayaan untuk Malaysia pada Sukan Olimpik nanti!

Oleh: Karami Kamel