Atlet Baling Tukul Besi Negara, Jackie Wong Berada Dalam Keadaan Sihat

atlet baling tukul besi negara, jackie wong berada dalam keadaan sihat

Jackie Wong merupakan atlet pertama negara yang dilaporkan telah positif COVID-19. Menurut laman Facebook beliau, atlet baling tukul besi negara itu sedang berada dalam pengawasan di Hospital Sibu bagi pemantauan dan rawatan selanjutnya.

Menurut laporan, Jackie didapati telah mendapat jangkitan wabak COVID-19 sehari selepas ayahnya disahkan positif akan wabak yang sama.

Selain itu, Jackie Wong menasihat orang ramai akan berkongsi berita yang sahih sahaja dan berita yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga cepat sembuh Jackie Wong!

📸 Facebook Jackie Wong