Apa Nasib Bazar Ramadan?

apa nasib bazar ramadan?

Dalam kita berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, korang pasti tertanya-tanya, ada ke tidak Bazar Ramadan di tempat korang tahun ni?

Kalau korang ikuti perkembangan semasa sepanjang PKP ni, korang mesti tahu beberapa negeri dah pun ambil keputusan untuk tidak menganjurkan Bazar Ramadan.

apa nasib bazar ramadan?

Bukan apa, langkah itu diambil ekoran kebimbangan dalam suasana tidak menentu ketika ini akibat penularan wabak COVID-19 yang setakat ini telah pun meragut 53 nyawa di Malaysia.

Negeri Sembilan jadi negeri pertama umum batalkan penganjuran Bazar Ramadan tahun ini diikuti Melaka, Terengganu, Selangor manakala di Johor, Sultan Ibrahim sudah pun menitahkan agar ia tidak dianjurkan. 

apa nasib bazar ramadan?

Terbaru, Menteri Kanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kerajaan tidak benarkan penganjuran Bazar Ramadan.

Namun, jika PKP fasa kedua ini yang berakhir 14 April nanti tidak dilanjutkan, Majlis Keselamatan Negara akan mengeluarkan prosedur operasi standard dan melihat kesesuaian penganjurannya.

apa nasib bazar ramadan?

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 24 April ini, namun Kementerian Kesihatan terdahulu berkata, keputusan sama ada PKP dilanjutkan atau tidak akan diumumkan pada Jumaat, 10 April.

Jadi, korang macam mana? Perlu ke penganjuran Bazar Ramadan tahun ini diteruskan atau korang tak kisah pun malah mahu mengutamakan kesihatan dan keselamatan masing-masing.

Oleh: Shah Rahimin