Apa Beza PKPD dengan PKP?

Ramai rasanya dah tahu macam mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berfungsi dalam usaha gigih kerajaan nak hentikan penularan virus COVID-19.

Tapi baru-baru ni beberapa kawasan dah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 
 

apa beza pkpd dengan pkp?

Kawasan tersebut ialah Batu 21 hingga Batu 24 di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor serta Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Apa pulak ya yang ada dalam PKPD ni? Jom kita tengok secara ringkas: 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

  • Semua penduduk & pelawat yang berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan
  • Bukan penduduk & pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut 

·     Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup. PDRM, ATM, APM & RELA kawal seluruh kawasan

·     Semua aktiviti perniagaan dihentikan

·     JKM dipertanggungjawab edar bekalan makanan asas kepada penduduk di kawasan terlibat

·     Pangkalan Perubatan dibuka di kawasan PKPD

Dah jelas kan? Jadi kepada seluruh rakyat Malaysia teruslah patuhi PKP dan PKPD di tempat anda.
 

apa beza pkpd dengan pkp?

Hmmm…kalau difikirkan kita jugak barisan hadapan. Kalau nak hentikan rantaian penyebaran COVID-19 kita semua kena kekal duduk kat rumah. Ikut arahan pihak berkuasa. Kita buat demi kita.

#kamicare #dudukrumah


Oleh: KJ 

Sumber: AWANI & internet