Angkara Tak Dengar Perintah Darurat, Jumlah Kematian Di Itali Lebih Banyak Dari China

angkara tak dengar perintah darurat, jumlah kematian di itali lebih banyak dari china

Hari ini, Itali telah melaporkan 427 kematian baru akibat daripada penularan wabak COVID-19. Jumlah itu telah menjadikan 3,405 kematian secara keseluruhan semenjak COVID-19 mula tular.

Dengan angka yang meningkat begitu besar sekali gus mengatasi jumlah kematian di China iaitu sebanyak 3,249.

Antara punca mengapa perkara tersebut berlaku adalah kerana sifat kedegilan penduduk yang tidak patuh perintah kuarantin di rumah.

Biarpun pelbagai arahan telah dikeluarkan, namun mereka tetap bersifat acuh tidak acuh dengan arahan tersebut. Akibatnya, lebih ramai yang dijangkiti dengan virus itu.

Jadi, korang dekat Malaysia ni make sure patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan tau! Jangan kita sampai terjadi seperti di Italy.

Sumber: Astro Radio News