Agong Turun Padang Tinjau Roadblock!

Umum tahu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah memang terkenal dengan sifatnya humble.

Kalau sebelum ini kerap ada video viral tentang Baginda turun padang membantu orang awam yang terlibat dalam kemalangan. 

Terbaru, Baginda sekali lagi menarik perhatian ramai apabila turun meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia membuat sekatan jalan raya (roadblock) sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Difahamkan, Baginda meluangkan hampir masa selama setengah jam di beberapa lokasi antaranya,  Jalan Semantan, Jalan Hartamas dan Jalan Tun H S Lee di Kuala Lumpur.

Tuanku melihat bagaimana operasi dijalankan selain turut memberi nasihat kepada pengguna motosikal akan pentingnya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Agong juga tidak lupa menzahirkan rasa terima kasih atas kerja kuat dan komitmen para petugas front-liner sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

Terima kasih abam-abam polis, kerana sentiasa menjaga kami!

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin